Sunday, January 23, 2011

Pertandingan Tarik Tali 43 Tan


NAHA, Jepun - Satu pertandingan tarik tali di Jepun dengan menggunakan tali gergasi sepanjang 200 meter dan seberat 43 tan berlangsung di Pulau Okinawa baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam pertandingan itu, para peserta menarik 200 tali kecil yang diikat pada tali utama dalam percubaan mereka untuk menjuarainya.

Kejohanan tersebut tercatat dalam Guinness World of Records sebagai acara tarik tali terbesar.Acara berkenaan berasal dari abad ke-17 lagi apabila ia diadakan bagi membantu meramal nasib pada tahun hadapan.

Thursday, September 23, 2010

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut



Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE.

Tuesday, June 23, 2009

Dunia Baru - Satu Persinggahan

Menanti saat tibanya pukul 4 petang bukan satu beban bagiku. Malahan dunia terasa begitu pantas mengalir tanpa terasa. Seperti baru semalam mendaftar, tidak ku sedar, kini sudah dua bulan aku berada di bumi Labuan. Kolej Matrikulasi Labuan bukanlah satu penghujung dalam hidupku, tetapi merupakan persinggahan sementara. Masih terlalu jauh lagi perjuangan yang mesti ditempuh. Tapi aku, seolah-olah hilang arah. Apakah ini merupakan sebuah akhir daripada hidup yang masih panjang?? Entah la,.semoga aku mendapat rahmat dan hidayah untuk terus bertahan dalam dunia yang baru ini.

Mampukah ku bertahan???

KML - Dunia Remaja

Wednesday, March 25, 2009

Lembu Punya Susu, SAPI Dapat Nama



Mesti korang dah terbiasa dengar malay proverbs ni kan?


Lembu punya susu, Sapi dapat nama !

Dalam bahasa inggeris nye...
Milk belongs to the cow, but the bull cow gets the name. LOL
Kelakar pulak bila proverb ni ditranslatekan ke english. Pikir2 balik kenapa la lembu terpilih dalam banyak-banyak binatang in the world of survival ni kan...LOL
Kenapa binatang bersusu lain tak terpilih....?? Tak layak atau tak dapat undi SMS mencukupi kut. huhuhuhu.

Plagiarism in its essence; one man's sweat becomes another man's glory. Maksud mudahnya...orang lain yg keja teruk...orang tertentu pulak yg dapat nama.

Orang jenis ni mesti ada dalam kehidupan kita. Jika dikaitkan dengan kerja, biasanya melibatkan boss-boss, supervisor kita. Di sekolah plak ketua kelas ngan guru kelas arr.

" Saya nak ucapkan tahniah kepada Kamarul atas kejayaannya mengetuai projek menghias kelas sehingga mencapai tempat pertama " kata guru kelas..kembang la hidung ketua kelas kita.

Padehal dalam kelas tu,  Kamarul tu la yg paling pemalas...pandai mengarah jer...gila kuasa dan hipokrit.hahaha                      Masa tu Kamarul tersengeh, tersenyum lebar atas pujian tu. Aiyooo...manalah tak sakit hati org bawahan dia kan? Ditambah pulak dengan statement...


"Haaaa...without my leadership skill...I don't think you guys can do it"
Mau tak meletup gunung berapi.

Kalau muka Kamarul tu encem takpe la kan. Hampeh. Sapi yang tak cantek u ols. LOL. Cantik ke...tak cantek ke...ia adalah satu sikap yang tak elok. Menyakitkan hati orang ...no good. Bad...bad...bad...punya sapi. Obviously Sapi yang jenis ni deserve a spanking from me.

Itu kalo kes dipuji. Kalo la katakan...projek itu gagal. Mula la species SAPI ni ngelat dengan menyalahkan orang lain. TYPICAL sgt kan?

Tips nak handle Sapi ni...kenalah banyak2 bersabar. Jadilah supercow seperti gambar sebelah ni haaa.. Long term basis...dia yg rugi. When we work hard...walaupun nampak macam boss besar tak notice...tapi hasil kerja kita tu...adalah untuk diri kita sendiri. Hasil kerajinan kita itu, akan manfaat pada kita pada situasi yang berbeza nanti. Yang paling penting pada muka2 yang dah terkena ni...bila dah merasa jadi boss nanti...bukak la mata besar2. Hargai la orang yg bekerja keras tu. Be fair. Jangan la ko pulak sama jadi SAPI. Dulu bukan main lagi marah bila org buat kat dia...bila jadi BOSS lupa diri pulak.
SAPI jenis ni lagi la teruk pada pendapat gua.

PS:  Watak dan perwatakan tiada kaitan dengan yang hidup atau yang lebih dahulu pergi                                  

Handz: X Sedar diri…                                                                                                                                     (juz joke)




Saturday, October 11, 2008

Cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.
The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae.
The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!if you can raed tihs rpsoet it.
OLNY RSEPOT IF YOU CAN RAED TIHS. CNAHGE THE NMUERBR AT TOP TGOHUH, "ONLY __ PEOPLE IN THE WORLD CAN READ THIS...CAN YOU?" Go up a nmuber if you can raed it...lte's see how hgih we can get.

Saturday, September 13, 2008

uji otak!!

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantarakeunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yangmenarik untuk dicuba bersama.....

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri.

Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!



























OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...



Otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".Keajaiban kejadian atau silap mata?Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak PEREMPUAN.


Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat manakebenaran perkara
ini.."

Pasal rumah kat dunia nie..

-antigravity house- - cube house -


-upsidedown house-

:. kesimpulannya, apa jua rumah korang, asalkan boleh tinggal..kan??